Produk



Pengenalan

Aura Minda ialah sebuah entiti perniagaan yang ditubuhkan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Johor Bahru pada 22 Disember 2006 dengan nombor pendaftaran JM0474213-H.

Fokus utama penubuhannya adalah untuk menjadi pemangkin kepada usaha pendidikan dan penyebaran maklumat perniagaan dan keusahawanan. Selain itu forum yang disediakan diharap akan menjadi platform kepada para usahawan membina network atau jaringan bisnes masing-masing serta menyumbang segala ilmu agar dapat dikongsikan bersama-sama.

Melalui forum, e-mel, mesej peribadi dan yahoo messenger, para usahawan boleh mencari rakan kongsi, penjual, ejen, pembekal atau pengedar produk yang datangnya dari seluruh negara.

Visi
Auraminda.com menjadi platform utama komunikasi dan jaringan para usahawan seluruh negara menjelang 2010.

Misi
Menjadi sebuah entiti perniagaan yang dinamik, progresif dan proaktif dalam arena perniagaan dan keusahawanan di samping melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan intelek.

Melahirkan ushawan tulen yang menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara selaras hasrat kerajaan iaitu “Keusahawanan Kerjaya Pilihan”.

Objektif
1. Mengadakan seminar, kursus dan bengkel dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui kerjasama individu atau entiti perniagaan lain yang berminat.

2. Menjadi pusat sehenti (one stop centre) dan pemangkin kepada para usahawan Muslim membina jaringan (network), berkomunikasi, berkongsi ilmu dan pengalaman khususnya dalam bidang peruncitan dan pemborongan serta francais.

3. Sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana individu, entiti perniagaan lain serta agensi kerajaan dalam sebarang aktiviti atau program berkaitan pendidikan perniagaan, keusahawanan dan peningkatan kemajuan modal insan.